05 Februari 2010 - Panitia Pendidikan Islam SKTB telah menjalankan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pada jam 7.45 - 8.30 pagi, Majlis Bacaan Yassin dimulakan kemudian pertandingan mewarna dan Azan diadakan selepas itu. Majlis penutupan diketuai oleh Ustazah Nurul Fadzilah Binti Arshad. Majlis dimulai dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W kemudian ceramah
Maulidur Rasul, sesi soal jawab dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang dan guru- guru yang terlibat. Semoga dengan adanya program sebegini dapat meningkatkan pengetahuan serta kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda. Sekiranya ada cadangan atau pendapat yang perlu diperbaiki, Insya'Allah saya perbetulkan. Setiap yang lemah & jahil itu dtgnya dr saya, yg benar & sempurna itu hanya dr ALLAH S.W.T.