ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKTB, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Wednesday, November 25, 2009

ARTIKEL : Mendulang Mutiara Hikmah Perjalanan Hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam

Al-Ustaz Ruwaifi' bin Sulaimi

edited by Mohd Masri

Nabi Ibrahim `alaihissalam Seorang Teladan Yang Baik

Nabi Ibrahim `alaihissalam adalah seorang teladan yang baik. Perjalanan hidupnya sentiasa berpijak di atas kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya. Posisinya di dalam agama amat tinggi (seorang imam) yang sentiasa patuh kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan mempersembahkan segala ibadahnya hanya untuk-Nya semata. Beliau juga tidak pernah lupa mensyukuri segala nikmat dan kurnia ilahi. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِن�`َ إِب�'رَاهِي�'مَ كَانَ أُم�`َةً قَانِتًا لِلهِ حَنِيفًا وَلَم�' يَكُ مِنَ ال�'مُش�'رِكِي�'نَ. شَاكِرًا لِأَن�'عُمِهِ
"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan selalu berpegang kepada kebenaran serta tidak pernah meninggalkannya (hanif). Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dia sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat Allah." (An-Nahl: 120-121)

Nabi Ibrahim `alaihissalam merupakan pembawa panji-panji tauhid.

Perjalanan hidupnya yang panjang sarat dengan dakwah kepada tauhid dan segala liku-likunya. Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan beliau sebagai teladan dalam hal ini, sebagaimana dalam firman-Nya:

قَد�' كَانَت�' لَكُم�' أُس�'وَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِب�'رَاهِي�'مَ وَال�`َذِي�'نَ مَعَهُ إِذ�' قَالُوا لِقَو�'مِهِم�' إِن�`َا بُرَآءُ مِن�'كُم�' وَمِم�`َا تَع�'بُدُو�'نَ مِن�' دُو�'نِ اللهِ كَفَر�'نَا بِكُم�' وَبَدَا بَي�'نَنَا وَبَي�'نَكُمُ ال�'عَدَاوَةُ وَال�'بَغ�'ضَاءُ أَبَدًا حَت�`َى تُؤ�'مِنُوا بِاللهِ وَح�'دَهُ إِلا�`َ قَو�'لَ إِب�'رَاهِي�'مَ لِأَبِي�'هِ لَأَس�'تَغ�'فِرَن�`َ لَكَ وَمَا أَم�'لِكُ لَكَ مِنَ اللهِ مِن�' شَي�'ءٍ رَب�`َنَا عَلَي�'كَ تَوَك�`َل�'نَا وَإِلَي�'كَ أَنَب�'نَا وَإِلَي�'كَ ال�'مَصِي�'رُ. رَب�`َنَا لاَ تَج�'عَل�'نَا فِت�'نَةً لِل�`َذِينَ كَفَرُوا وَاغ�'فِر�' لَنَا رَب�`َنَا إِن�`َكَ أَن�'تَ ال�'عَزِي�'زُ ال�'حَكِي�'مُ

"Sesungguhnya telah ada suri teladan yang baik bagi kalian pada Ibrahim dan orang-orang yang bersamanya; ketika mereka berkata kepada kaumnya: `Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kalian dan apa yang kalian sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran) kalian serta telah nyata antara kami dan kalian permusuhan dan kebencian untuk selama-lamanya, sehinggalah kalian beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapanya; `Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tidak dapat menolak sesuatu pun daripada kamu (seksaan) Allah'. (Ibrahim berkata): `Ya Rabb kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir, dan ampunilah kami ya Rabb kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Mumtahanah: 4-5)

Demikian pula, beliau selalu mengajak umatnya kepada jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala serta mencegah mereka daripada sikap taqlid buta terhadap ajaran sesat nenek moyang. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِذ�' قَالَ لِأَبِي�'هِ وَقَو�'مِهِ مَا هَذِهِ الت�`َمَاثِي�'لُ ال�`َتِي أَن�'تُم�' لَهَا عَاكِفُو�'نَ. قَالُوا وَجَد�'نَا آبَاءَنَا لَهَا عَابِدِي�'نَ. قَالَ لَقَد�' كُن�'تُم�' أَن�'تُم�' وَآبَاؤُكُم�' فِي ضَلاَلٍ مُبِي�'نٍ. قَالُوا أَجِئ�'تَنَا بِال�'حَق�`ِ أَم�' أَن�'تَ مِنَ اللا�`َعِبِي�'نَ. قَالَ بَل رَب�`ُكُم�' رَب�`ُ الس�`َمَاوَاتِ وَا�'لأَر�'ضِ ال�`َذِي فَطَرَهُن�`َ وَأَنَا عَلَى ذَلِكُم�' مِنَ الش�`َاهِدِي�'نَ. وَتَاللهِ لَأَكِي�'دَن�`َ أَص�'نَامَكُم�' بَع�'دَ أَن�' تُوَل�`ُوا مُد�'بِرِي�'نَ. فَجَعَلَهُم�' جُذَاذًا إِلا�`َ كَبِي�'رًا لَهُم�' لَعَل�`َهُم�' إِلَي�'هِ يَر�'جِعُو�'نَ

"(Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya: `Patung-patung apakah ini yang kalian tekun beribadah kepadanya?' Mereka menjawab: `Kami mendapati bapa-bapa kami menyembahnya. ' Ibrahim berkata: `Sesungguhnya kalian dan bapa-bapa kalian berada dalam kesesatan yang nyata.' Mereka menjawab: `Apakah kamu datang kepada kami dengan bersungguh-sungguh atau apakah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main? ' Ibrahim berkata: `Sebenarnya Rabb kalian adalah Rabb langit dan bumi, Yang telah menciptakannya; dan aku termasuk orang-orang yang boleh memberikan bukti atas yang demikian itu. Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhala kalian sesudah kalian pergi meninggalkannya. ' Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berkeping-keping kecuali yang terbesar (induk) daripada patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya." (Al-Anbiya`: 52-58)

Allah Subhanahu wa Ta'ala memilihnya, menunjukinya ke jalan yang lurus, serta mengurniakan kepadanya segala kebaikan dunia dan akhirat. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

اج�'تَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَى صِرَاطٍ مُس�'تَقِي�'مٍ. وَآتَي�'نَاهُ فِي الد�`ُن�'يَا حَسَنَةً وَإِن�`َهُ فِي ا�'لآخِرَةِ لَمِنَ الص�`َالِحِي�'نَ

"Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus. Dan Kami kurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat termasuk orang-orang yang soleh." (An-Nahl: 121-122)

Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala mengangkatnya sebagai khalil (kekasih). Sebagaimana dalam firman-Nya:

وَات�`َخَذَ اللهُ إِب�'رَاهِي�'مَ خَلِي�'لاً

"Dan Allah mengangkat Ibrahim sebagai kekasih." (An-Nisa`: 125)

Dengan setiap keutamaan itulah, Allah Subhanahu wa Ta'ala mewahyukan kepada Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wa sallam untuk mengikuti agama beliau `alaihissalam. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ثُم�`َ أَو�'حَي�'نَا إِلَي�'كَ أَنِ ات�`َبِع�' مِل�`َةَ إِب�'رَاهِي�'مَ حَنِي�'فًا وَمَا كَانَ مِنَ ال�'مُش�'رِكِي�'نَ

"Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): `Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif.' Dan dia bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah." (An-Nahl: 123)

Demikianlah sekelumit tentang perjalanan hidup Nabi Ibrahim `alaihissalam dan segala keutamaan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan kepadanya. Barangsiapa mempelajarinya dengan penuh penghayatan, nescaya dia akan mendulang mutiara hikmah dan pelajaran berharga daripadanya. Apatah lagi pada sejumlah perkara di dalam bulan Zulhijjah yang hakikatnya tidak boleh dipisahkan daripada Nabi Ibrahim `alaihissalam.

Nabi Ibrahim `alaihissalam dan Beberapa Amalan Mulia di Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan mulia di dalam Islam. Ini kerana di dalamnya terdapat amalan-amalan mulia; puasa Arafah, haji ke Baitullah, ibadah korban, dan sebagainya, yang mana sebahagiannya tidak boleh dipisahkan daripada diri Nabi Ibrahim `alaihissalam. Di antara amalan mulia tersebut adalah:

a) Haji ke Baitullah
Haji ke Baitullah merupakan ibadah yang sangat mulia dalam agama Islam. Kemuliaannya nan tinggi meletakkanya sebagai salah satu daripada lima rukun Islam. Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam bersabda:

بُنِيَ ا�'لإِس�'لاَمُ عَلَى خَم�'سٍ: شَهَادَةِ أَن�' لا�`َ إِلَهَ إِلا�`َ اللهُ وَأَن�`َ مُحَم�`َدًا رَسُو�'لُ اللهِ، وَإِقَامِ الص�`َلاَةِ، وَإِي�'تَاءِ الز�`َكَاةِ، وَصِيَامِ رَمَضَانَ، وَحَج�`ِ ال�'بَي�'تِ

"Agama Islam dibangun di atas lima perkara; bersyahadat bahawasanya tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala dan beliau Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah." (HR. Al-Bukhari no. 8 dan Muslim no.16, dari sahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu `anhuma)

Ibadah haji yang mulia ini tidaklah boleh dipisahkan daripada Nabi Ibrahim `alaihissalam. Apatah lagi tatkala kita menyaksikan jutaan umat manusia yang datang berbondong-bondong dari segenap penjuru bumi yang jauh menuju Baitullah, menyambut panggilan ilahi dengan lantunan talbiyah:

لَب�`َي�'كَ الل�`َهُم�`َ لَب�`َي�'كَ، لَب�`َي�'كَ لاَ شَرِي�'كَ لَكَ لَب�`َي�'كَ، إِن�`َ ال�'حَم�'دَ وَالنِ�`ع�'مَةَ لَكَ وَال�'مُل�'كَ لاَ شَرِي�'كَ لَكَ

"Kusambut panggilan-Mu Ya Allah, kusambut panggilan-Mu tiada sekutu bagi-Mu, kusambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat, dan kerajaan hanyalah milik-Mu tiada sekutu bagi-Mu."

Hal ini mengingatkan kita akan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَأَذ�`ِن�' فِي الن�`َاسِ بِال�'حَج�`ِ يَأ�'تُو�'كَ رِجَالاً وَعَلَى كُل�`ِ ضَامِرٍ يَأ�'تِي�'نَ مِن�' كُل�`ِ فَج�`ٍ عَمِي�'قٍ. لِيَش�'هَدُوا مَنَافِعَ لَهُم�'

"Dan berserulah (wahai Ibrahim) kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka." (Al-Hajj: 27-28)

Asy-Syaikh Abdullah Al-Bassam berkata: "Ibadah haji mempunyai hikmah yang besar, mengandung rahsia yang tinggi serta tujuan yang mulia, dari kebaikan duniawi dan ukhrawi. Sebagaimana yang terkandung di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

لِِيَش�'هَدُوا مَنَافِعَ لَهُم�'

"Untuk menyaksikan segala yang bermanfaat bagi mereka." (Al-Hajj: 28)

Haji merupakan saat pertemuan yang besar bagi umat Islam seluruh dunia. Allah Subhanahu wa Ta'ala pertemukan mereka semua di waktu dan tempat yang sama. Sehingga terjalinlah suatu perkenalan, kedekatan, dan saling merasakan satu dengan sesamanya, yang dapat membuahkan kuatnya tali persatuan umat Islam, serta terwujudnya manfaat bagi urusan agama dan dunia mereka." (Taudhihul Ahkam, juz 4 hal. 4)

Lebih dari itu, ibadah haji mempunyai banyak hikmah dan pelajaran penting yang apabila digali rahsianya maka sangat terkait dengan agama dan diri Nabi Ibrahim `alaihissalam, baik di dalam hal keimanan, ibadah, muamalah, dan akhlak yang mulia. Di antara hikmah dan pelajaran penting tersebut adalah:

1. Mengwujudkan tauhid yang murni daripada noda-noda kesyirikan di dalam hati sanubari ketika para jamaah haji bertalbiyah.
2. Pendidikan hati untuk sentiasa khusyu', tawadhu', dan menghambakan diri kepada Rabbul `Alamin, ketika melakukan thawaf, wukuf di Arafah, serta amalan haji lainnya.
3. Pembersihan jiwa untuk sentiasa ikhlas dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala ketika menyembelih haiwan korban di hari-hari haji.
4. Kepatuhan di dalam menjalankan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya tanpa diiringi rasa berat hati, ketika mencium Hajar Aswad dan mengusap Rukun Yamani.
5. Tumbuhnya kesatuan hati dan jiwa ketika berada di tengah-tengah saudara-saudara seiman dari seluruh penjuru dunia, dengan pakaian yang sama, berada di tempat yang sama, serta menunaikan amalan yang sama pula (haji). (Lihat Durus `Aqadiyyah Mustafadah Min Al-hajj)

b) Menyembelih Haiwan Korban

Menyembelih haiwan korban pada hari raya Idul Adha (tanggal 10 Zulhijjah) dan hari-hari tasyriq (tanggal 11,12, 13 Zulhijjah) merupakan amalan mulia di dalam agama Islam. Di antara bukti kemuliaannya adalah bahawa Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam sentiasa melakukannya semenjak berada di kota Madinah hingga wafatnya. Sebagaimana yang diberitakan sahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu `anhuma:

أَقَامَ الن�`َبِي�`ُ صَل�`َى اللهُ عَلَي�'هِ وَسَل�`َمَ بِال�'مَدِي�'نَةِ عَش�'رَ سِنِي�'نَ يُضَح�`ِي

"Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam selama sepuluh tahun tinggal di kota Madinah sentiasa menyembelih haiwan korban." (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dia -At-Tirmidzi- berkata: `Hadits ini hasan')

Penyembelihan haiwan korban, bila dilihat sejarahnya, juga tidak lepas daripada Nabi Ibrahim `alaihissalam dan putera beliau Nabi Ismail `alaihissalam. Sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta'ala beritakan dalam kitab suci Al-Qur`an:

فَلَم�`َا بَلَغَ مَعَهُ الس�`َع�'يَ قَالَ يَا بُنَي�`َ إِن�`ِي أَرَى فِي ال�'مَنَامِ أَن�`ِي أَذ�'بَحُكَ فَان�'ظُر�' مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ اف�'عَل�' مَا تُؤ�'مَرُ سَتَجِدُنِي إِن�' شَاءَ اللهُ مِنَ الص�`َابِرِي�'نَ. فَلَم�`َا أَس�'لَمَا وَتَل�`َهُ لِل�'جَبِي�'نِ. وَنَادَي�'نَاهُ أَن�' يَا إِب�'رَاهِي�'مُ. قَد�' صَد�`َق�'تَ الر�`ُؤ�'يَا إِن�`َا كَذَلِكَ نَج�'زِي ال�'مُح�'سِنِي�'نَ. إِن�`َ هَذَا لَهُوَ ال�'بَلاَءُ ال�'مُبِي�'نُ. وَفَدَي�'نَاهُ بِذِب�'حٍ عَظِي�'مٍ. وَتَرَك�'نَا عَلَي�'هِ فِي ا�'لآخِرِي�'نَ. سَلاَمٌ عَلَى إِب�'رَاهِي�'مَ

"Maka tatkala anak itu (Ismail) telah sampai (pada umur sanggup) untuk berusaha bersama-sama Ibrahim, berkatalah Ibrahim: `Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Dia menjawab: `Hai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.' Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim telah membaringkan anaknya atas pelipis(nya) , (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: `Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu,' sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (iaitu) `Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim'." (Ash-Shaffat: 102-109)

Demikianlah Ibrahim, yang sentiasa patuh terhadap segala sesuatu yang Allah Subhanahu wa Ta'ala perintahkan kepadanya walaupun berkaitan dengan diri si anak yang amat dicintainya. Tidak ada keraguan sedikit pun di dalam hatinya untuk menjalankan perintah tersebut. Ini tentunya menjadi teladan mulia bagi kita semua, di dalam hal ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Nabi Ibrahim `alaihissalam dan Para Da'i (Pendakwah)

Perjalanan hidup Nabi Ibrahim `alaihissalam mengandungi banyak pelajaran berharga bagi para da'i. Di antara pelajaran berharga tersebut adalah:

a) Para da'i hendaknya melakukan dakwah berlandaskan ilmu syar'i. Hal ini sebagaimana yang dicontohkan Nabi Ibrahim `alaihissalam ketika mendakwahi ayahnya (dan juga kaumnya):

يَا أَبَتِ إِن�`ِي قَد�' جَاءَنِي مِنَ ال�'عِل�'مِ مَا لَم�' يَأ�'تِكَ فَات�`َبِع�'نِي أَه�'دِكَ صِرَاطًا سَوِي�`ًا

"Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian daripada ilmu yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus." (Maryam: 43)

Dan demikianlah sesungguhnya jalan dakwah yang ditempuh Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam, si uswatun hasanah. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

قُل�' هَذِهِ سَبِي�'لِي أَد�'عُو إِلَى اللهِ عَلَى بَصِي�'رَةٍ أَنَا وَمَنِ ات�`َبَعَنِي وَسُب�'حَانَ اللهِ وَمَا أَنَا مِنَ ال�'مُش�'رِكِي�'نَ

"Katakanlah (hai Muhammad): `Inilah jalanku, aku berdakwah di jalan Allah di atas ilmu, demikian pula orang-orang yang mengikuti jejakku. Maha Suci Allah dan aku tidaklah termasuk orang-orang musyrik'." (Yusuf: 108)

b) Para da'i hendaknya berusaha menyampaikan kebenaran yang diketahuinya secara utuh kepada umat, serta memperingatkan mereka daripada segala bentuk kebatilan. Kemudian bersabar dengan segala akibat yang akan dihadapinya. Hal ini sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang Nabi Ibrahim `alaihissalam:

وَإِب�'رَاهِي�'مَ إِذ�' قَالَ لِقَو�'مِهِ اع�'بُدُوا اللهَ وَات�`َقُو�'هُ ذَلِكُم�' خَي�'رٌ لَكُم�' إِن�' كُن�'تُم�' تَع�'لَمُو�'نَ. إِن�`َمَا تَع�'بُدُو�'نَ مِن�' دُو�'نِ اللهِ أَو�'ثَانًا وَتَخ�'لُقُو�'نَ إِف�'كًا إِن�`َ ال�`َذِي�'نَ تَع�'بُدُو�'نَ مِن�' دُو�'نِ اللهِ لاَ يَم�'لِكُو�'نَ لَكُم�' رِز�'قًا فَاب�'تَغُوا عِن�'دَ اللهِ الرِ�`ز�'قَ وَاع�'بُدُو�'هُ وَاش�'كُرُوا لَهُ إِلَي�'هِ تُر�'جَعُو�'نَ. وَإِن�' تُكَذِ�`بُوا فَقَد�' كَذ�`َبَ أُمَمٌ مِن�' قَب�'لِكُم�' وَمَا عَلَى الر�`َسُو�'لِ إِلا�`َ ال�'بَلاَغُ ال�'مُبِي�'نُ

"Dan (ingatlah) Ibrahim, ketika dia berkata kepada kaumnya: `Beribadahlah kalian kepada Allah semata dan bertaqwalah kalian kepada-Nya. Yang demikian itu lebih baik bagi kalian jika kalian mahu mengetahui. Sesungguhnya apa yang kalian ibadahi selain Allah itu adalah berhala, dan kalian telah membuat dusta. Sesungguhnya yang kalian ibadahi selain Allah itu tidak mampu memberi rezeki kepada kalian, maka mintalah rezeki itu dari sisi Allah dan beribadahlah hanya kepada-Nya serta bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nya lah kalian akan dikembalikan. Dan jika kalian mendustakan, maka umat sebelum kalian juga telah mendustakan dan kewajipan Rasul itu hanyalah menyampaikan (agama Allah) dengan seterang-terangnya. " (Al-`Ankabut: 16-18)

Nabi Ibrahim `alaihissalam pun tetap bersabar dan istiqamah di atas jalan dakwah ketika mana umatnya melancarkan segala bentuk penentangan dan permusuhan terhadapnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَو�'مِهِ إِلا�`َ أَن�' قَالُوا اق�'تُلُو�'هُ أَو�' حَر�`ِقُو�'هُ فَأَن�'جَاهُ اللهُ مِنَ الن�`َارِ إِن�`َ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَو�'مٍ يُؤ�'مِنُو�'نَ

"Maka tidak ada lagi jawapan kaum Ibrahim selain mengatakan: `Bunuhlah atau bakarlah dia!', lalu Allah menyelamatkannya daripada api (yang membakarnya) . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman." (Al-`Ankabut: 24)

Demikian pula Nabi besar Muhammad Shallallahu `alaihi wa sallam, perjalanan dakwah beliau merupakan simbol kesabaran di alam semesta ini.

Sosok Nabi Ibrahim `alaihissalam merupakan teladan bagi para da'i secara khusus dan masing-masing individu secara umum dalam hal kepedulian terhadap keadaan umat dan negeri. Hal ini sebagaimana yang tergambar pada kandungan doa Nabi Ibrahim yang Allah Subhanahu wa Ta'ala abadikan dalam Al-Qur`an:

رَب�`ِ اج�'عَل�' هَذَا بَلَدًا آمِنًا وَار�'زُق�' أَه�'لَهُ مِنَ الث�`َمَرَاتِ مَن�' أَمَنَ بِاللهِ وَال�'يَو�'مِ ا�'لأَخِرِ

"Wahai Rabbku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian." (Al-Baqarah: 126)

Nabi Ibrahim `alaihissalam dan Para Orangtua

Perjalanan hidup Nabi Ibrahim `alaihissalam, merupakan cermin bagi para orangtua dalam perkara pendidikan dan agama anak cucu mereka. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَوَص�`َى بِهَا إِب�'رَاهِي�'مُ بَنِي�'هِ وَيَع�'قُو�'بُ يِا بَنِي�`َ إِن�`َ اللهَ اص�'طَفَى لَكُمُ الد�`ِي�'نَ فَلاَ تَمُو�'تُن�`َ إِلا�`َ وَأَن�'تُم�' مُس�'لِمُو�'نَ

"Dan Ibrahim telah mewasiatkan kalimat itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): `Hai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagi kalian, maka janganlah sekali-kali kalian mati kecuali dalam keadaan memeluk agama Islam'." (Al-Baqarah: 132)

Bahkan Nabi Ibrahim `alaihissalam tidak segan-segan berdoa dan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk kesolehan anak cucunya, sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta'ala abadikan dalam Al-Qur`an:

رَب�`ِ اج�'عَل�' هَذَا ال�'بَلَدَ آمِنًا وَاج�'نُب�'نِي وَبَنِي�`َ أَن�' نَع�'بُدَ ا�'لأَص�'نَامَ

"Wahai Rabb-ku, jadikanlah negeri ini (Makkah) negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku dari perbuatan menyembah berhala." (Ibrahim: 35)

رَب�`ِ اج�'عَل�'نِي مُقِي�'مَ الص�`َلاَةِ وَمِن�' ذُر�`ِي�`َتِي رَب�`َنَا وَتَقَب�`َل�' دُعَاءِ

"Wahai Rabbku, jadikanlah aku beserta anak cucuku orang-orang yang selalu mendirikan solat. Wahai Rabb kami, kabulkanlah doaku." (Ibrahim: 40)

Setiap orangtua memikul amanat yang besar untuk menjaga anak cucu dan keluarganya daripada azab api neraka. Sehingga dia mesti memerhatikan pendidikan, agama dan ibadah mereka. Sungguh keliru apabila melihat orangtua acuh tak acuh terhadap keadaan anak-anaknya. Yang selalu diperhatikan hanyalah keadaan fizikal dan kesihatannya sementara perkara agama dan ibadahnya diabaikan. Ingatlah akan seruan Allah Subhanahu wa Ta'ala:

يَا أَي�`ُهَا ال�`َذِي�'نَ آمَنُوا قُوا أَن�'فُسَكُم�' وَأَه�'لِي�'كُم�' نَارًا

"Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu daripada azab api neraka." (At-Tahrim: 6)

Nabi Ibrahim `alaihissalam dan Para Anak

Perjalanan hidup Nabi Ibrahim `alaihissalam juga mengandungi pelajaran berharga bagi para anak, kerana beliau adalah seorang anak yang amat berbakti kepada kedua orangtuanya serta selalu menyampaikan kebenaran kepada mereka dengan cara yang terbaik. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِذ�' قَالَ لِأَبِي�'هِ يَا أَبَتِ لِمَ تَع�'بُدُ مَا لاَ يَس�'مَعُ وَلاَ يُب�'صِرُ وَلاَ يُغ�'نِي عَن�'كَ شَي�'ئًا. يَا أَبَتِ إِن�`ِي قَد�' جَاءَنِي مِنَ ال�'عِل�'مِ مَا لَم�' يَأ�'تِكَ فَات�`َبِع�'نِي أَه�'دِكَ صِرَاطًا سَوِي�`ًا. يَا أَبَتِ لاَ تَع�'بُدِ الش�`َي�'طَانَ إِن�`َ الش�`َي�'طَانَ كَانَ لِلر�`َح�'مَنِ عَصِي�`ًا. يَا أَبَتِ إِن�`ِي أَخَافُ أَن�' يَمَس�`َكَ عَذَابٌ مِنَ الر�`َح�'مَنِ فَتَكُو�'نَ لِلش�`َي�'طَانِ وَلِي�`ًا

"Ingatlah ketika dia (Ibrahim) berkata kepada bapanya: `Wahai bapaku, mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak dapat mendengar, tidak pula dapat melihat dan menolongmu sedikitpun? Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian daripada ilmu yang tidak datang kepadamu. Maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapaku, janganlah menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Allah Dzat Yang Maha Pemurah. Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir engkau akan ditimpa azab daripada Allah Dzat Yang Maha Pemurah, maka engkau akan menjadi kawan bagi syaitan." (Maryam: 42-45)

Ketika si bapa menentangnya dengan keras, seraya mengatakan (sebagaimana dalam ayat):

أَرَاغِبٌ أَن�'تَ عَن�' آلِهَتِي يَا إِب�'رَاهِي�'مُ لَئِن�' لَم�' تَن�'تَهِ لَأَر�'جُمَن�`َكَ وَاه�'جُر�'نِي مَلِي�`ًا

"Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti (daripada menasihatiku) nescaya kamu akan kurejam! Dan tinggalkanlah aku di dalam waktu yang lama." (Maryam: 46)

Maka dengan tabahnya Ibrahim `alaihissalam menjawab:

سَلاَمٌ عَلَي�'كَ سَأَس�'تَغ�'فِرُ لَكَ رَب�`ِي إِن�`َهُ كَانَ بِي حَفِي�`ًا

"Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Rabbku, sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku." (Maryam: 47)

Demikianlah sayugianya seorang anak kepada orangtuanya, selalu berusaha memberikan yang terbaik di masa hidupnya serta selalu mendoakannya di masa hidup dan juga sepeninggalnya.

Nabi Ibrahim `alaihissalam dan Para Suami-Isteri

Perjalanan hidup Nabi Ibrahim `alaihissalam juga mengandungi pelajaran berharga bagi para suami-isteri, agar selalu membina kehidupan rumah tangganya di atas redha Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hal ini tercermin daripada dialog antara Nabi Ibrahim `alaihissalam dengan isterinya yang bernama Hajar, ketika Nabi Ibrahim membawanya beserta anaknya ke kota Makkah (yang masih tandus dan belum berpenghuni) atas perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Diriwayatkan daripada sahabat Ibnu `Abbas radhiyallahu `anhuma, beliau berkata: "Kemudian Ibrahim membawa Hajar dan si putera Ismail �di dalam usia susuan� menuju Makkah dan ditempatkan pada pohon besar, di atas (bakal/calon) sumur Zamzam di lokasi (bakal) Masjidil Haram. Ketika itu Makkah belum berpenghuni dan tidak memiliki sumber air. Maka Ibrahim menyiapkan satu bungkus kurma dan satu qirbah/bekas air, kemudian ditinggallah keduanya oleh Ibrahim di tempat tersebut. Hajar, ibu Ismail pun mengikutinya seraya mengatakan: `Wahai Ibrahim, hendak pergi kemana engkau, apakah engkau akan meninggalkan kami di lembah yang tidak berpenghuni ini?' Dia mengulangi kata-kata tersebut, namun Ibrahim tidak menoleh kepadanya. Hingga berkatalah Hajar: `Apakah Allah yang memerintahkanmu berbuat seperti ini?' Ibrahim menjawab: `Ya.' Maka (dengan serta-merta) Hajar mengatakan: `Kalau begitu Dia (Allah) tidak akan menyeksa kami.' Kemudian Hajar kembali ke tempatnya semula." (Lihat Shahih Al-Bukhari, no. 3364)

Atas dasar itulah, seorang suami mesti berusaha membina isterinya dan menjaganya daripada azab api neraka. Demikian pula si isteri, hendaklah mendukung segala amal soleh yang dilakukan suaminya, serta mengingatkannya bila terjatuh ke dalam kemungkaran.

Para pembaca yang semoga dirahmati Allah Subhanahu wa Ta'ala, demikianlah mutiara hikmah dan pelajaran berharga dari perjalanan hidup Nabi Ibrahim `alaihissalam yang menyentuh beberapa elemen penting di dalam masyarakat kita. Semoga kilauan mutiara hikmah tersebut dapat menyinari perjalanan hidup kita semua, sehingga tampak jelas segala jalan yang membawa kepada Jannah-Nya. Amin ya Rabbal `Alamin.

No comments:

SURAU AN- NUR

Followers

TERIMALAH TAUBATKU INI