ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKTB, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Sunday, October 4, 2009

Mu`ayyan dan muwassa`

Sebagai umat Islam wajar kita tahu bahawa tuntutan amal ibadat yang punyai waktu tertentu dari segi waktu menunaikannya ada 2
1.Mu`ayyan (mesti dilakukan diwaktu tertentu)
Contohnya fardhu ramadhan
apabila cukup syarat wajib tidak boleh dilewatkan daripada waktunya
2.Muwassa` (waktu perlaksanaanya diluaskan)
Contohnya ialah solat 5 waktu
Walaupun zuhur masuk jam 1.15 (contoh) tetapi kita boleh kemudiankan selagai masa masih ada dan telus untuk sempurnakan 4 rakaat
Qodhi Husain mengatakan wajib diazamkan untuk melakukan didalam waktu apabila telah diketahui waktu telah masuk
Mengenai amalan ibadat haji jumhur ulamak mengatakan wajib melaksanakannya ialah wajib mu`ayyan
Imam syafi`e mengatakan wajib haji wajib muwassa`
Mengenai qodha` ramadhan ulamak sepakat mengatakan wajibnya ialah wajib muwassa`
Terima kasih.

No comments:

SURAU AN- NUR

Followers

TERIMALAH TAUBATKU INI