Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi.
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam.
4 comments:
cuma nak kongsi info...ramai juga berpendapat bahawa kebanyakan hadis berkenaan nifsu syaban adalah hadis maudhuk(rekaan) dan lagi rendah martabatnya dari hadis dhaif(lemah)...justeru amalan2 seperti puasa pada 15 syaban turut jatuh dlm kategori bidaah...utk maklumat lanjut boleh kunjungi
http://soaljawab.wordpress.com/2007/08/23/jauhi-bidah-nisfu-syaban/
turut dipersetujui oleh Dr Yusuf al.Qardawi..
hehehe..sekadar nak berkongsi ilmu...
salam hady83...ana bnyk kemukan soalan ni kpd yg lbih arif...ana dh baca blog saudara...
saya pun ada jugak tanya hal ni pada org yg lebih arif dari saya...jawapan hampir sama...xsalah nak puasa tapi xlehla nak niat puasa semata2 nisfu syaban..entahla..sy ni suka ambil yg lagi detail..yg syubhah ni xberani nak amalkan..ilmu belum cukup...sekadar ambil pendapat2 ulama yg masyhur..contohnya Syeikh Al Azhar, Dr Yusof Qardawi...Wallahua'lam...
xpela...kta dh perbetulkan apa yg perlu diperbetulkan...ana pun bnyk lgi perkara yg perlu ana kaji n selidik...mari kta sama2 meningkatkan kekuatan ilmu Allah ini...insya'Allah, mudah2an Allah permudahkan...
Post a Comment