lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman
rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya,
"Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semuamesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun
memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk
ke dalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah
seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, "
Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah ! Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan
berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu
ingin jemput ke dalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara
tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah
kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu
dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan
pandangannya.
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini
pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada
isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu
di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang
lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya
kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan,
yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput
Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"
"Kasih sayang, kekayaan & kejayaan datangnya dari Allah. Kita sebagai hambaNya sentiasalah bersyukur di atas nikmatNya. Kerana kasih sayang juga manusia menjadi kaya dan terus berjaya. Lebih- lebih lagi kasih sayang terhadap Allah dan rasulNya"
2 comments:
best nyer crita..
(^_^)
sah90~
btul le...hehe
Post a Comment