Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke Masjidil Aqsa.
Untuk bekal semasa perjalanan, beliau membeli 1 kg kurma dari
pedagang tua berhampiran Masjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
sebutir kurma tergolek berhmpiran timbangan.
Menyangka kurma itu bahagian dari yang beliau beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.
Setelah itu beliau terus berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, beliau suka memilih sebuah tempat beribadah di sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Beliau solat dan berdoa dengan khusuk sekali. Tiba- tiba beliau mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara'
yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.
"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana 4 bulan
yg lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di masjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin adham terkejut sekali, beliau tersentak, jadi selama
4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin
amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.
Beliau terus berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui
pedagang tua yang menjual kurma kepada beliau 4 bulan yang lalu untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah dimakannya.
Setelah sampai di Mekkah belaiu terus menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda.
"4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua," kata Ibrahim kpd pemuda itu.
Dimana dia sekarang ?" tanya Ibrahim lagi.
"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.
"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada
siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.
"Ha, begitulah ceritanya" kata ibrahim setelah bercerita,
"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, bolehkah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku
makan tanpa izinnya?". kata Ibrahim.
"Bagi saya tidak masalah. Insya'ALLAH saya halalkan. Tapi
entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.
Saya tidak berani mengetepikan nama mereka kerana mereka
mempunyai hak waris sama dengan saya." kata pemuda itu.
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu." kata Ibrahim
Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui mereka.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka
yang termakan oleh ibrahim.
4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.
Tiba- tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
lagi bercakap- cakap.
"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
makan sebutir kurma milik orang lain." kata malaikat pertama.
"Ooo.. tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah
mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.
Sekarang ia sudah bebas." kata malaikat yang satu lgi.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh
kita. Sudah halalkah? Lebih baik tinggalkan bila
ragu-ragu... "
Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk syurga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).
No comments:
Post a Comment