ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKTB, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Monday, August 17, 2009

Orang yang hati dan mulut nya cabul suka berbantah bantah, bertengkar dan bertelingkah.

Mari muhasabah diri dan lihat samada kita termasuk dalam golongan yang di sebut nabi SAW.
Dalam sebuah Hadis Nabi SAW bersabda, maksud nya:
" Tiada akan sesat sesuatu golongan manusia sesudah diberi Allah petunjuk kepadanya, melainkan bila mereka selalu saja berbalah balah (bertengkar tengkaran)."

"Tiada akan sempurna hakikat keimanan seseorang, sehingga ia meninggalkan tengkar menengkar, sekali pun apa yang di tengkarkan itu ialah kebenaran".

Biasanya apabila sudah bertengkar akan timbul pula pertelingkahan.
Dalam sebuah Hadis Nabi SAW bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah Taala ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah."

Apa itu sifat suka bertengkar atau berbantah bantah?
  1. Ya itu orang yang suka menyanggah percakapan atau tulisan orang lain dengan mengatakan percakapan orang tidak benar atau tidak betul.
  2. Sebab utama orang bersikap begini ia lah kerana dia hendak meninggi diri dan menunjuk nunjuk bahawa dia lebih tinggi ilmu nya dari orang yang dia sanggah.
  3. Atau menyanggah orang lain dengan tujuan hendak menonjolkan kelemahan atau kecetekan ilmu orang yang di sanggah.

2 comments:

Tukang cerita said...

Salam ramadhan Dilla...
:)

white rose said...

salam ramadhan jua buat akak...

SURAU AN- NUR

Followers

TERIMALAH TAUBATKU INI