ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKTB, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Wednesday, July 22, 2009

Lawatan Penanda Aras Ke Kelantan Hari Pertama

Assalamualaikum kepada semua...Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi diatas nikmat dan rezekiNya hingga ke hari ini.
Pada 17hb - 19hb Julai yang lalu, persatuan KKGUMB telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kelantan. Lawatan ini disertai seramai 41 orang ustaz dan ustazah di seluruh Daerah Perak Tengah. Turut serta mantan Penyelia Pendidikan Islam, Ustaz Shubaie. Sedikit terkilan kerana Penyelia Pendidikan Islam, Ust Halmi dan Penyelia Kanan, Ust Hosni tidak dapat bersama- sama menyertai lawatan ini.


Mantan Penyelia Pendidikan Islam, Ust. Shubaie (baju kameja biru tua) dan Ust. Hosni, Penyelia Kanan (Baju Melayu Cream)



Ust. Malek (baju kot hitam) dan Ust Ismail (baju putih)

Lawatan ini tetap diteruskan dan diketuai oleh Penyelia Khas Pendidikan Islam, Ust. Shuhaimi. Peserta yang tinggal di kawasan Kg. Gajah menunggu di Sekolah Menengah Agama Nazrin Shah (SARJANA). Kami bertolak jam 8.40 pagi dari Kg. Gajah menuju ke Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah untuk mengambil peserta yang berkumpul disana.
Di kesempatan itu juga, Ust. Halmi dan Ust. Hosni sempat menyampaikan pesanan kepada semua peserta yang terlibat dengan lawatan ini.

Bas bertolak dari PPD pada jam 10 pagi. Kami melalui jalan Parit menuju ke Kuala Kangsar. Kami berhenti makan di Gerik pada jam 12 tengahari. Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di Rantau Panjang untuk menunaikan solat jama' pada jam 4.50 petang.

Gerai makan di Pekan Gerik


berehat sebentar di stesen bas gerik sementara menunggu rakan- rakan yang lain.

Seterusnya kami menuju ke tempat penginapan kami di Kompleks Belia dan Sukan dan selamat tiba pada jam 7.40 malam. Setibanya kami di sana, kami disambut mesra oleh pihak asrama. Kami menjamu selera yang telah disediakan dan selepas itu kami menuju ke asrama yang telah disediakan. Kaum hawa asrama disebelah atas, manakala kaum adam asrama disebelah bawah.
Tepat jam 10 malam kami menuju ke Waqaf Chek Yeh (WCY) . Suasana di WCY sangat meriah. Waktu kemuncak di WCY antara jam 1 pagi ke 3 pagi. Macam- macam barangan dijual disini. Turut ada, gerai makanan yg menjual makanan tradisi dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Antaranya, nasi kerabu, nasi dagang, keropok lekor dan macam- macam lagi juadah yang dijual.


Kenangan di hadapan bas sementara menunggu kaum adam.



Ust. Heder (baju biru) dan Ust. Shuhaimi (baju kuning)
sempat bergurau di WCY


Tepat jam 12 malam, kami berangkat pulang ke asrama. Setibanya di asrama, kami merehatkan diri setelah seharian dalam kepenatan.

Antara jadual pada Hari Kedua di Kelantan :

1. Lawatan ke Sekolah Pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan
2. Bandar bersejarah Kota Baru, Kelantan.


Sehingga disini, kita bertemu lagi Hari Kedua di Kelantan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

No comments:

SURAU AN- NUR

Followers

TERIMALAH TAUBATKU INI